Hak cipta dokumen ISO Pertubuhan_Pemiawaian_Antarabangsa

Dokumen-dokumen ISO adalah berhakcipta dan kebanyakannya dikenakan bayaran untuk salinannya oleh ISO. Namun, ISO tidak mengenakan bayaran untuk kebanyakan salinan draf bagi dokumen dalam format elektronik. Walaupun berguna, draf-draf ini perlu digunakan dengan cermat kerana berkemungkinan ada perubahan penting sebelum ia dijadikan piawai. Sesetengah piawai oleh ISO dan wakil A.S rasminya (dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa melalui Jawatankuasa Kebangsaan A.S) tersedia secara percuma.[8][9]